Alhamdulillah, sekarang kita tahu produk yang boleh membantu kita merawat jeragat dan parut-parut jerawat, bergantung kepada keadaan kulit masing-masing. Selepas mendapatkan set ni, tentu kita semua mengharapkan untuk melihat hasilnya kan? Bagi yang pertama kali membeli set ni, tentu tertanya-tanya bagaimana cara penggunaannya kan?
Bahan-bahan
yang wajib ada dah tentulah;
- Sabun
Muka
- Toner
-
Moisturizer Cream
Langkah satu(1).
Basuh muka anda terlebih dahulu
dengan air. Setelah itu, ambil sabun muka dan gosok di tapak
tangan anda sehinggalah anda mendapat buih. Kemudian letakkan buih ini
ke muka anda (buih sahaja, bukan sabun ye). Ratakan ke seluruh bahagian muka
(jangan gosok/skrub muka), terutama bahagian yang bermasalah seperti jerawat,
jeragat, dan sebagainya.
Langkah dua(2).
Bersihkan wajah anda dengan air
bersih. Tekap permukaan kulit muka dengan lembut sehingga kering. Ingat, belai
kulit muka, jangan lap dengan kasar :)
Langkah tiga(3).
Sapukan toner ke muka anda menggunakan kapas muka sehingga ke leher.
Sapukan nipis-nipis menggunakan kapas muka (elakkan menyapu dikelopak mata).
Sapukan 1 kali sehari pada waktu pagi sahaja.
Langkah empat(4).
Sapukan cream moisturizer ke muka anda perlahan-lahan sehingga rata. Dinasihat
sapu juga ke leher supaya tone warna kulit kelihatan tidak berbeza dengan kulit muka
anda.
Disyorkan untuk anda menggunakan
produk ini setiap hari. Jangan beli lepas tu tak rajin gunakan pulak tau! Kalau tak, camana nak dapat kulit muka yg licin pulak kan?
Tapi
nak bagitau jugak, kulit muka setiap wanita ni kan berbeza, jadi kesan
penggunaan pun mestilah berbeza-beza. Jangan cepat putus asa bila mencuba tau,
saya tau ada di antara kita yang terus menghentikan penggunaan produk jika ada
kesan. Dulu saya pun macam tu, takut punya pasal :)
Sebenarnya, itu adalah perkara biasa, yang mana jika ada
tindak balas itu maknanya produk yang anda gunakan benar-benar memberi kesan.
Kesan dan
tindak balas berikut mungkin berlaku keatas anda;
Kesan
satu(1).
Kulit menjadi kering
Kulit mengelupas
Kulit
baru terbentuk dan ini menyebabkan kulit lama yang telah mati akan mula
tertanggal. Kebiasaannya dapat diperhatikan pada jenis kulit biasa dan kering.
Kemungkinan juga akan memakan masa yang lebih, bergantung kepada kulit
individu. Jangan risau, teruskan penggunaan.
Kesan
tiga(3).
Tumbuh jerawat (jarang berlaku, tapi jadi kat saya)
Itu
adalah salah satu proses "detox"
atau menyah toksin. Jerawat akan hilang dalam masa singkat, walaubagaimanapun
bergantung kepada kulit individu.
Seeloknya
anda semua menggunakan produk dengan cara yang betul dan berterusan, seperti
mana yang telah diterangkan di atas. Ini akan memberikan hasil yang maksimum
kepada kulit anda. Seboleh-bolehnya cuba hentikan penggunaan pencuci muka, toner dan krim dari jenama lain selama
tempoh rawatan, sebab dikhuatiri mengganggu proses penyembuhan.
Ok itu
sahaja, saya doakan semoga berjaya dan selamat mendapatkan kulit yang cantik kepada
semua!
No comments:
Post a Comment